Apakah reaksi peminat bola sepak sekarang? Apabila persatuan bola sepak Eropah (UEFA) mengumumkan peraturan gol di tempat lawan tidak akan digunakan lagi dalam mana-mana pertandingan di bawah anjuran organisasi itu untuk musim 2021/2022.
Peraturan itu diperkenalkan pada 1965 untuk perlawanan timbal balik di peringkat kalah mati sekiranya kedua-dua pasukan terikat dengan agregat.
Bagaimanapun, berdasarkan data yang dikongsi, ia menunjukkan jurang kemenangan tuan rumah dan pasukan pelawat semakin mengecil, termasuk jumlah gol yang dijaringkan di laman sendiri dan di tempat lawan.
Presiden UEFA aleksander ceferin berkata peraturan gol di kandang lawan telah menjadi bahagian penting dalam pertandingan uefa sejak ia diperkenalkan pada 1965.
Susulan cadangan serentak daripada jawatankuasa pertandingan kelab dan jawatankuasa bola sepak wanita itu, UEFA bertindak memansuhkan peraturan berkenaan dengan serta merta menjelang fasa kelayakan kempen musim ini.
Kajian sejak pertengahan 1970 menunjukkan kadar kemenangan pasukan tuan rumah menurun daripada 61 menjadi 47 peratus, sementara kemenangan ketika berkunjung ke laman lawan meningkat daripada hanya 19 kepada 30 peratus.
Keputusan ini bermakna Liga juara-juara, Liga Europa dan Liga Persidangan Europa yang baru, serta Liga juara-juara wanita kini bebas daripada peraturan gol di tempat lawan.