Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Di Landasan Betul Capai Sasaran Wujud Imuniti Kelompok Pada Ogos

KUCHING: Sarawak berada di landasan betul untuk mencapai sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 80 peratus penduduknya yang layak menjelang Ogos depan, dan setakat ini kira-kira 1,025,000 orang atau 40 peratus penduduk sudah menerimanya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata berdasarkan jumah individu di Sarawak yang sudah menerima vaksin berkenaan setakat ini, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sedang mengambil langkah proaktif dengan penubuhan unit bergerak ke luar bandar dan pedalaman untuk memberi vaksin kepada penduduk.

“Proses vaksinasi kita berjalan lancar dan cepat kerana penduduk Sarawak memberi kerjasama amat baik apabila mereka secara sukarela tampil untuk menerima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Zon Perindustrian Samajaya dan dua pusat beli-belah di sini, hari ini.

Selain unit bergerak untuk memberi vaksin kepada penduduk di luar bandar dan pedalaman Sarawak, Abang Johari berkata PPV khusus juga akan diwujudkan untuk pekerja kilang, syarikat minyak dan gas, sektor perladangan dan pelancongan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan