Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
tiga Polis ditahan minta rasuah RM15000

Tiga Anggota Polis Ditahan Minta Rasuah RM15,000

ALOR SETAR, 23 Jun (Bernama) — Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan meminta rasuah berjumlah RM15,000 daripada seorang individu sebagai balasan bagi melepaskan lelaki itu daripada kesalahan pemilikan dadah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah dalam kenyataan berkata pegawai polis lelaki berusia 33 tahun itu ditahan bersama dua lagi anggota polis lelaki berpangkat lans koperal masing-masing berusia 24 dan 30 tahun di Bandar Baharu antara 12.10 tengah malam hingga 2.30 pagi tadi.

“Semua suspek meminta suapan berupa wang sebanyak RM15,000 dan telah menerima wang sebanyak RM2,000 daripada seorang lelaki awam sebagai balasan melepaskan lelaki berkenaan daripada kesalahan berkaitan dengan pemilikan dadah,” katanya.

Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini dan perintah reman selama lima hari bermula hari ini telah dikeluarkan ke atas mereka oleh Penolong Pendaftar Mohammad Alif Abdul Aziz.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan