SHAH ALAM: Pasukan Sarawak United FC dijangka akan kembali beraksi di Stadium Negeri Kuching untuk perlawnan pertama mereka sebagai tuan rumah.
Pemain pertahanan Sarawak United FC Taylor Regan mendedahkan mereka sudah tidak sabar membuat penampilan di Sarawak selain memastikan penyokong di negeri ini berbangga menyaksikan persembahan mereka.
Bagaimanapun hasrat untuk beraksi di bumi kenyalang itu masih bergantung kepada situasi pendemik COVID-19.
“ Kita kembali menjalani latihan setelah sekian lama berehat daripada Ramadan dan memberi laluan kepada skuad kebangsaan untuk ke Dubai, kami bekerja keras untuk melakukan persiapan menentang pasukan perak di kuching setelah sekian lama akhirnya kami mungkin boleh beraksi dilaman sendiri di kuching, jadi saya harap pada masa akan datang peminat-peminat bola sepak pasukan sarawak boleh hadir menyaksikan perlawanan di stadium dan saya janji buat mereka bangga.” katanya ketika ditemui di padang latihan di Shah Alam pada Selasa.
Dalam pada itu menurut Ketua Jurulatih Sarawak United FC E. Elavarasan , tumpuannya kini adalah memberikan komitmen sepenuhnya pada perlawanan akan datang memandangkan terdapat beberapa pasukan dari Liga Perdana telah menggantikan pemain-pemain import mereka untuk memperkuatkan jentera pasukan masing-masing.
“ Jadi kita kena memberikan fokus and kita kena bagi tumpuan yang lebih untuk perlawanan yang kita akan hadapi.” katanya ketika ditemui pada Isnin.