Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PPV BCCK Terus Beroperasi Beri Suntikan Sinovac, Pfizer

BySalasiah Safian

KUCHING: Pusat Pemberian Vaskin (PPV) Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang dikhaskan untuk pemberian vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca terus beroperasi dengan memberikan vaksin jenis Sinovac atau Pfizer BioNtech bermula Selasa.

Anggaran jumlah dos vaksin Sinovac yang diberikan dalam masa sehari adalah sebanyak 3,000 dos.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, PPV BCCK akan digunakan sebagai lokasi untuk pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

“Kami berasa gembira kerana PPV BCCK yang digunakan untuk pemberian vaksin Astrazeneca sudah selesai untuk dos pertama semalam (21 Jun 2021).

“Mulai hari ini (22 Jun 2021), PPV BCCK akan digunakan sepenuhnya untuk pemberian vaksin kepada seluruh penduduk di sekitar Kuching dengan kadar yang cepat. Ia sama ada pemberian vaksin Sinovac atau Pfizer BioNtech,” katanya ketika dihubungi TVS pada Selasa.

Sambutan yang menggalakan diterima di PPV BCCK walaupun vaksin yang diberikan adalah Sinovac.

Proses pemberian vaksin juga berjalan lancar seperti sebelum ini dan tidak timbul sebarang isu berkaitan penerima vaksin yang menarik diri pada saat akhir.

Menurut Pengarah Public Medicare Group (PMG), mereka yang terpaksa menjalani kuarantin akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan mereka, temu janji mereka akan dijadualkan pada tarikh seterusnya.

Pengarah Public Medicare Group, Andrew Wong Pak Ung

“Sekiranya mereka mempunyai masalah, mereka tidak perlu risau kerana di PPV BCCK, kami ada menyediakan kaunter perkhidmatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada penerima vaksin untuk menepati janji temu yang terpapar di aplikasi MySejahtera mereka.

Hal ini bagi mengelakkan sebarang kesesakan di PPV.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan