Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuntutan Palsu: Bekas Pengarah Kolej dicekup SPRM

Penolong Setiausaha Bahagian Kementerian Ditahan Didakwa Terima Suapan

ByBernama

PUTRAJAYA: Seorang penolong setiausaha bahagian di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima rasuah lebih RM1 juta sejak 2016 sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan projek-projek di kementerian terbabit.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 malam di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, lelaki berkenaan dipercayai menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal sejak 2016 hingga kini, dengan nilai keseluruhan dianggar lebih RM1 juta.

Suapan itu dipercayai sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit, menurut sumber berkenaan.

Lelaki berkenaan direman lima hari bermula hari ini hingga 27 Jun bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, katanya.

Bernama

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan