Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
{"uid":"974AFCAB-D224-4748-A511-57DE070DB4AE_1624434262800","source":"other","origin":"gallery"}

Kejayaan Bonnie Bunyau Menggegar Dunia

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet angkat berat paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin diatas pencapaiannya.

Seri paduka baginda turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau, sekali gus melakar sejarah baru buat sukan angkat berat negara dan mengharumkan nama malaysia di persada dunia.

Dalam pada itu Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keputusan yang diraih atlet kelahiran Sarawak itu mampu menyumbang kepada kejayaan pada sukan Paralimpik Tokyo kelak.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia dan Sukan Sarawak

“ Sebelum ini pun beliau telah mencapai prestasi yang cukup baik diperingkat asia dan kali ini pulak diperingkat dunia hanya dalam masa jangka satu bulan atau dua bulan dan saya kira ini adalah pencapaian yang begitu membanggakan kita dan harapan saya dengan pencapaian seperti ini apabila beliau pergi ke paralimpik tokyo nanti in sha Allah kemungkinan beliau boleh bawa balik pingat emas.” katanya ketika diminta mengulas mengenai kemenangan Bonie.

Sementara itu menurut Jurulatih Powerlifting Negara Jamil Adam, keputusan yang diraih Bonnie pada kejohanan kali ini merupakan rekod terbaik Bonnie sepanjang musim sekaligus merupakan percapian tertinggi setakat ini.

Jamil Adam, Jurulatih Powerlifting Negara

“ Sebagai jurulatih kita rasa amat gembira apa yang dicapai sekarang walaupun pelbagai halangan yang dihadapi sepanjang persediaan ini lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini bagaimanapun komitmen disiplin yang dia bagi berjaya mencapai sasaran yang kita tetapkan untuk kejohanan ini.” kata Jamil ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Bonnie Bunyau berjaya memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejayaan Bonnie mengangkat bebanan seberat 230 kg untuk kategori atas 72 kg turut membuatkannya berjaya membawa pulang emas.

Sementara perak dan gangsa dibawa pulang atlet China, Peng Hu dengan angkatan 214 kg manakala Nnamdi Innocent dari Nigeria pula dengan angkatan 213 kg

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan