Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekalan Vaksin Cansino Pertengahan Julai Ini

ByAkma Salleh

SPAOH: Sarawak dijangka akan mendapat bekalan vaksin dos tunggal Cansino pada pertengahan Julai ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Vaksin ini amat sesuai bagi penduduk di kawasan pedalaman, sekaligus dapat mengurangkan kos logistik, pengangkutan dan lain-lain.

“Pasukan perubatan kita hanya perlu mengunjungi mereka dan membuat suntikan.. sekaligus dapat mengurangkan kos logistik, pengangkutan dan lain-lain,” kata Uggah.

Tegas Uggah lagi, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah mengutamakan nyawa rakyat.

“Kita harus cepat melakukan usaha ini berikutan penularan wabak di lokasi-lokasi ini yang memerlukan kita untuk bertindak balas dengan segera. Keutamaan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa,” jelasnya.

Susulan kes positif di kawasan pedalaman yang membimbangkan sehingga memaksa kerajaan untuk bertindak segera, Kerajaan Sarawak telah memohon sebanyak 650,000 dos vaksin Cansino.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan