Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Usaha Gigih Penduduk Keluar Wang Untuk Hadir Ke PPV Wajar Dipuji

ByEekbal Yusuf

USAHA gigih 256 penduduk dari 11 buah rumah panjang di kawasan pedalaman Baleh 

yang berusaha bertungkus lumus termasuk menggunakan wang mereka sendiri untuk ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Sekolah Kebangsaan Nanga Oyan bagi mendapatkan vaksin mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Kata James Masing, ternyata usaha tersebut membuahkan hasil apabila kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang diketuai Dr Hamidi Mohamad Sharkawi dan Residen Kapit, Nyurak Keti membenarkan penduduk menerima suntikan vaksin masing-masing dengan segera.

“Semua penduduk yang datang untuk menerima vaksin juga sangat teratur kerana menunggu giliran dengan sabar dan mereka yang sempat saya temui menzahirkan rasa sangat bersyukur kerana telah menerima suntikan untuk melindungi diri daripada virus COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan.

KKM mempunyai 16 pasukan vaksinasi yang bertugas di Bahagian Kapit dan setakat Isnin, mereka berjaya memberikan vaksin kepada 4,128 individu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan