Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada Kenaikan Harga Tepung Gandum Seperti Yang Ditularkan

ByKhairil Zharif Affindie

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan tiada kenaikan harga tepung gandum mulai 1 Julai depan, seperti yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi memberitahu, setakat ini tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum.

“oleh yang demikian, dakwaan kenaikan harga tepung gandum mulai 1 julai 2021 adalah tidak benar.”

Menurutnya, sehingga kini, KPDNHEP hanya menerima satu permohonan daripada pihak pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum tanpa subsidi dalam pek satu kilogram dan pek 25Kilogram.

Mengulas lanjut, Alexander memberitahu, harga tepung gandum masih ditetapkan pada harga RM1.35 setiap satu Kilogram. 

Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan