Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suntikan Melegakan Buat Warga Emas

DUA orang warga emas yang berasal dari Matu kini boleh menarik nafas lega selepas mereka menerima suntikan vaksin yang melindungi mereka daripada terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Selbiah Jarael, seorang suri rumah berkata beliau berasa lega dan bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mudah dijangkiti telah menerima vaksin.

Beliau mengambil vaksin dengan rela hati sebagai salah satu langkah pertahanan badan terhadap Covid-19.

Setiah Bajau turut melahirkan rasa lega dan gembira kerana sudah menerima suntikan vaksin.

“Saya bersyukur kerara risiko jangkitan Covid-19 sedikit rendah untuk warga emas seperti saya,” katanya.

Kedua-dua mereka menerima suntikan vaksin di Dewan PPV Suarah, Matu.

Untuk tontonan berita penuh boleh lihat di Page Facebook TVS di sini.

Vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diambil oleh golongan warga emas dan kumpulan rentan.

Menurut Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM, Dr Kalaiarasu Peariasamy warga emas dan kumpulan rentan diutamakan untuk menerima vaksin kerana mereka golongan yang berkemungkinan mendapat pelbagai komplikasi apabila dijangkiti COVID-19.

“Warga emas ialah individu berumur 60 tahun ke atas manakala kumpulan rentan ialah individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, masalah jantung atau buah pinggang.

” Rasa sakit dan tanda kemerahan atau bengkak di bahagian yang disuntik adalah kesan sampingan biasa yang hilang dengan sendirinya dalam masa 2-3 hari,” katanya.

Dr Kalai bagaimanapun berkata, individu yang mengalami alahan teruk terhadap ubat-ubatan perlu mendapatkan nasihat daripada petugas kesihatan sebelum mengambil vaksin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan