TANPA kita sedari, kehidupan harian kita mungkin terjejas ekoran tiadanya golongan yang acapkali kita lupakan iaitu pengutip sampah.
Ekoran pengurangan tenaga kerja pengutip sampah sebanyak 40% di sini selepas 17 pekerja di sahkan positif COVID19 dan 60 kakitangan di kuarantin, kehidupan ramai menjadi terjejas selepas operasi kutipan sampah berkurangan.
Antara kawasan yang terjejas berhubung khidmat kutipan sampah termasuklah Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Majlis Perbandaran Padawan.
Pihak Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. meminta orang ramai untuk terus bersabar berhubung khidmat kutipan sampah yang terjejas di bandar rata Kuching ekoran kes pertama COVID19 yang di kesan 1 Jun lalu melibat salah seorang pekerja Trinekens dan di arahkan untuk menjalani proses kuarantin dari pihak berkuasa.
Berikutan pengurangan pekerja, Pihak Trienekens telah menetapkan jadual pengutipan sisa sampah sekali seminggu.
Ketua Pegawai Eksekutif Trienekens Stephen Chin berharap orang ramai dapat bersabar dan bersama-sama mengurangkan sisa sampah dalam tempoh ini.
“Pihak Trienekens juga menyediakan kentena besar, roll-on roll-off (RORO) yang ditempatkan di lokasi strategik sekitar bandaraya Kuching untuk membantu mengurangkan sampah.”
Dari sudut sejarah, penghapusan banyak penyakit adalah hasil daripada piawaian sanitasi awam yang lebih tinggi dan sistem pelupusan sampah yang cekap.
Ketika masyarakat sedang nyenyak tidur di ulit mimpi, pekerja pengutip sampah sudah bangun seawal pukul 2 pagi untuk memulakan kerja syif bermula seawal pukul 3 pagi.
Demi sesuap rezeki, kesejukan bayu pagi diredah bagi menyara kehidupan keluarga walaupun akan berdepan bau busuk dari tong sampah yang seakan-akan sudah menjadi kebiass
Hal ini membuatkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyifatkan pengutip sampah sebagai “wira yang tidak didendang”.
Untuk tontonan berita penuh boleh lihat di Page Facebook TVS di sini