Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemandu Lori Lari Masuk Hutan, Entah Kemana

ByKhairil Zharif Affindie

MIRI: Pemandu lori yang disyaki membawa barangan seludup sempat melarikan diri ke dalam hutan selepas menyedari diekori sepasukan penguatkuasa jabatan kastam diraja malaysia dalam satu intipan di Batu Niah, Miri.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Herman Shah Abdullah berkata beberapa anggotanya telah mengejar, namun pemandu tersebut berjaya meloloskan diri ke dalam hutan.

Pemeriksaan oleh pasukan dari pejabat Kastam Bintulu dan Miri menjumpai rokok dan minuman keras yang disyaki belum lulus Kastam pada lori yang dipandunya.

“sepasukan anggota operasi jkdm stesen bintulu dan miri telah mengekori sebuah lori yang disyaki membawa muatan rokok dan minuman keras yang belum lulus kastam dari pekan batu niah, miri menuju ke destinasi yang tidak diketahui.”

Lori, rokok dan minuman keras tersebut telah disita dan dibawa ke pejabat penguatkuasaan JKDM Miri untuk siasatan lanjut.

Usaha mengesan pemilik lori dan pemandu tersebut sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan.

“lori tersebut kemudian telah masuk ke satu simpang dan keluar semula ke jalan utama. Pasukan terus mengejar lori tersebut dan mengarahkan berhenti di satu kawasan berdekatan sebuah bukit di tepi jalan utama. Sejurus lori tersebut berhenti pemandu lori telah keluar dan melarikan diri ke dalam hutan berdekata.”

Kes disiasat di bawah seksyen 135(1)(E) Akta Kastam 1967, di mana jika sabit kesalahan, (kesalahan pertama) pesalah boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti Kastam atau RM100,000.00 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai amaun duti Kastam atau RM500,000.00 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, ataupun penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. 

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan