Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
maqis

Maqis Rampas Makanan Haiwan Dari Korea Selatan Bernilai Hampir RM300,000

SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas makanan haiwan, gluten jagung dari Korea Selatan seberat 98,400 kilogram kerana gagal mengemukakan permit import yang sah, di Pelabuhan Klang Utara pada Ahad.

Pengarah Maqis Selangor Zamri Hashim berkata produk hasil pertanian dalam bentuk serbuk kering yang dianggar bernilai RM291,364.14, ditahan susulan pemeriksaan pada 12 tengah hari, kelmarin.

“Penahanan itu dilakukan selepas ia gagal mengemukakan permit import yang sah kepada pegawai penguat kuasa yang bertugas dan kesemua barang dagangan telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zamri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan