Seolah-olah tidak terkesan dengan kehadiran buaya ketika memancing dengan anak-anaknya , seorang lelaki dilihat dengan selamba cuba melepaskan buaya yang tersangkut di jalanya.
Video berdurasi 55 saat itu telah menjadi bualan netizen di laman sosial kerana sifat selambanya.
Yang menariknya, buaya yang sering dianggap sebagai haiwan pemangsa yang ganas itu tidak pula mengapa-apakannya dan dilihat berlalu pergi seolah-olah “berterima kasih” kerana melepaskannya.
Kejadian berlaku di Simunjan dan di rakam oleh anaknya.
Untuk tontonan video penuh boleh lihat di Page Youtube TVS di sini.