PUSA: Kebakaran melibatkan sebuah bas oleh syarikat MTC yang berada ditepi jalan berhampiran simpang SK Mendas Jalan Saratok Pusa telah terbakar 90 %
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok PPgB Nazry bin Mohamat berkata bas tersebut bergerak dari sibu ke kuching untuk kerja kerja pembaikan dan cuma dikendalikan oleh seorang pemandu.
Tiada penumpang semasa kejadian. Semasa memandu, En Hamjah iaitu pemandu bas tersebut terhidu bau asap dan memberhentikan bas di bahu jalan dan mendapati berlaku kebakaran di bahagian belakang berhampiran tayar sebelah kanan.
Beliau mengambil satu unit pemadam api 9 KG dan cuba untuk memadamkan kebakaran namun tidak berjaya dan seterusnya menghubungi pihak Bomba.
Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 9.34 pagi. Pasukan tindakan kecemasan seramai 9 orang diketuai PBK II Hamden Hj Bladi lalu bergegas ke lokasi kejadian dan memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran hose reel dan sumber air dari jentera. Pada jam 10:11pagi kebakaran berjaya dikawal dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 10:32 pagi.
Pemandu bas tersebut dalam keadaan yang selamat. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok PPgB Nazry bin Mohamat berkata bas tersebut bergerak dari sibu ke kuching untuk kerja kerja pembaikan dan cuma dikendalikan oleh seorang pemandu.