Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ambank

Ambank Lancar Kempen Ganjaran Tunai Bantu PKS

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Ambank Group melancarkan Kempen Ganjaran Tunai Deposit PKS bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika pandemik ini dengan menawarkan ganjaran tunai kepada para pelanggannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan perbankan itu berkata pelanggan akan ditawarkan ganjaran wang tunai apabila mereka mula menyimpan dan melakukan transaksi dengan Akaun Perniagaan Ambank untuk semua transaksi harian mereka seperti membayar bil dan gaji.

“Pelanggan yang layak hanya perlu menyimpan dan membuat transaksi bagi mendapatkan ganjaran wang tunai sehingga RM1,000 selama tujuh bulan bermula 1 Jun, 2021 hingga 31 Dis, 2021,” katanya.

Ia berkata ganjaran wang tunai sehingga RM320,000 akan ditawarkan kepada pelanggan baharu dan sedia ada bank itu menerusi kempen tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan Runcit Aaron Loo berkata kempen itu adalah sebahagian daripada inisiatif ganjaran kumpulan dalam meneruskan penghargaan dan komitmennya kepada para pelanggan terutamanya pada waktu yang mencabar ini.

“Sebagai institusi kewangan yang prihatin dan bertanggungjawab, kami menghulurkan bantuan kepada semua pelanggan kami dengan membantu mereka mengurangkan perbelanjaan operasi mereka melalui ganjaran tunai semasa kempen ini,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan