Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen petang ini. Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat di bawah fasa kedua pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis sekiranya purata kes harian COVID-19 turun di bawah 4,000. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, June 15 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during delivers his speech on the National Recovery Plan: Transition Phase of MCO in Stages, today. Economic activities will be opened in stages under the second phase of the MCO implementation, allowing staff capacity of up to 80 per cent on premises, should the average daily COVID-19 cases drop below 4,000 cases. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Sasaran Imuniti Kelompok Mengikut Jadual – PM Muhyiddin

ByBernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sasaran negara untuk mencapai tahap imuniti kelompok seperti diunjurkan Pelan Pemulihan Negara, dapat disempurnakan susulan penambahan bekalan vaksin COVID-19 oleh pembekal utama negara.

Beliau berkata ke arah inisiatif ini, kerajaan akan berusaha lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan bekalan berkenaan tiba ke negara ini mengikut jadual.

“Saya sedar di luar sana ramai yang bertanya, kenapa tak buat itu, kenapa tak buat banyak-banyak lagi, saudara Khairy (Khairy Jamaluddin) dah maklumkan berkali-kali memang kita boleh buat kalau banyak vaksin… kemudian kita terhad dan terbatas bukan kerana kita tak nak atau kerajaan sekat, tidak, kita kalau boleh nak habiskan semua dalam sebulan dua ni.

“Tetapi kita tak boleh kawal yang itu (bekalan vaksin) kerana pembekalnya datang daripada luar negara, jadi terpaksalah kita tunggu giliran kita, tapi dah terjamin bekalan itu akan tiba dalam satu masa yang telah dijadualkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Ahad.

Tambah Muhyiddin lagi, apa yang penting ialah proses pendaftaran vaksinasi perlu dipertingkatkan.

“Sekarang ini dah diberikan banyak kemudahan, boleh daftar secara MySejahtera, ‘online’ atau secara fizikal, atau kalau dah ada di tempat mereka itu PPV mikro yang dibuat sampai di kampung, masjid, surau, mereka boleh turun sahaja ke situ, bawa IC (kad pengenalan diri) dan akan didaftarkan dan nama yang dah dapat itu akan dimasukan ke dalam sistem MySejahtera,” katanya.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan, yang membantu melancarkan proses vaksinasi di PPV.

“Saya lihat tadi bersemangat, pagi-pagi datang sampai lewat petang dan malam, bekerja. Jumlah yang kita perlukan masih ramai, jadi kalau boleh mereka tampil ke depan menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan, dan boleh mempermudah dan mempercepatkan proses vaksinasi kita,” ujarnya.

Turut hadir Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan