Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PPV Darul Hana Bantu Penduduk Seberang Hilir

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Darul Hana dapat membantu masyarakat untuk menerima vaksin lebih awal dengan keadaan yang selesa.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, PPV yang dimulakan sejak 19 Jun lepas adalah untuk program pemberian vaksin kepada penduduk di kawasan Seberang Hilir.

Dianggarkan 10,000 hingga 14,000 penduduk kawasan Seberang Hilir layak menerima vaksin.

“Hasrat kita membuka PPV Darul Hana adalah untuk memberi vaksin kepada penduduk di 14 perkampungan di Seberang Hilir,” katanya ketika melawat PPV Darul Hana pada Ahad.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, PPV Darul Hana merupakan pusat pemberian vaksin keempat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai selepas Santubong, Buntal dan Telaga Air.

“Pembukaan keempat-empat PPV ini dapat memastikan penduduk menerima vaksin bagi mencapai hasrat komuniti berkelompok yang mempunyai pelalian.

“Saya menganggarkan kita boleh memberi suntikan vaksin kepada lebih kurang 24,000 penduduk yang layak di Pantai Damai menjelang awal Ogos,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sebelum ini terdapat penduduk yang masih belum mendaftar untuk menerima vaksin disebabkan masalah internet atau kurang mahir menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Ada juga penduduk takut disebabkan cerita negatif dalam media sosial mengenai vaksin COVID-19.

“Alhamdulillah, dengan pendaftaran menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kita berjaya membantu ramai penduduk untuk menerima vaksin,” jelasnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan