Beberapa badan bukan kerajaan N-G-O seperti Kuching Food Aid dan Hikmah Kuching telah bekerjasama mengagihkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada 150 buah keluarga meliputi beberapa kawasan di Samarahan, Petrajaya dan sekitar bandar Kuching.
Selain itu, inisiatif ini juga telah digerakkan oleh kru Grab Jenazah Free dimana 150 buah keluarga akan mendapat sumbangan ini.
“Program ini kami mensasarkan 150 untuk kumpulan pertama, seterusnya kumpulan kedua setelah kita akan selesaikan kumpulan pertama. Kerjasama ini antara KFA dengan Hikmah. Kami namakan projek ini sebagai Rezqi PKP Station jadi pemohon-pemohon boleh memohon melalui nombor yang tertera pada poster yang telah kami edarkan. Ini adalah bagi pemohon yang merasakan mereka memerlukan bantuan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Grab Jenazah Free diatas sumbangan yang telah diberikan.” kata Madina Binti Haji Hasbi, wakil Kuching Food Aid ketika ditemu bual Pemberita TVS pada Ahad.
Dalam pada itu, menurut Pengurus Dakwah Hikmah, Idris Ahmad, inisiatif ini dibangunkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama ketika waktu yang sukar seperti perintah kawalan pergerakan P-K-P.
“Program ini bertujuan untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada masyarakat dan kawan-kawan yang tekesan akibat PKP ini khususnya yang bekerja harian dan sebagainya. Hikmah menyediakan bantuan seperti “pampers” dan susu dimana kumpulan sasaran kita ialah anak-anak kecil yang keluarganya kurang berkemampuan, sementara makanan asas disediakan Grab Jenazah dan Kuching Food Aid.” Kata Idris Ahmad.
Mereka juga berharap agar lebih ramai lagi badan bukan kerajaan (N-G-O) atau pihak lain yang boleh berkerjasama dengan mereka bagi membolehkan program tersebut dapat diperluaskan ke kawasan yang lain.