Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perbaharui Cukai Jalan Menerusi MyEG

KUCHING: Pemilik-pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui cukai jalan masing-masing menerusi aplikasi MyEG.

Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun 2021 dan telah disambung hingga 28 Jun 2021, di mana semua urusan dan perkhidmatan yang disediakan di kaunter-kaunter agensi bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dihentikan operasi buat sementara waktu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, Nezriman Uthman, hanya urusan kenderaan perdagangan perkhidmatan perlu (essential services) yang memerlukan perjalanan rentas sempadan negara sahaja dibenarkan berurusan secara bersemuka di pejabat JPJ melalui temujanji.

“Sehubungan dengan itu juga, JPJ telah mengumumkan kelonggaran kepada pemilik Lesen Memandu (LM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 Jun – 31 Julai 2021 dibenarkan memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 60 hari, bermula 1 Ogos hingga 30 September 2021,” katanya kepada TVS, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, seperti kelonggaran yang pernah dilaksanakan sebelum ini, pemilik LKM yang tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans (e-cover note) sekiranya diminta pihak berkuasa.

“Selain itu, sebarang urusan JPJ yang memerlukan sijil Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), tempoh sah laku kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM dilanjutkan mengikut baki selepas tamat tempoh PKP 3.0.”

Untuk LPKP pula, kementerian mengumumkan pengecualian daripada memperbaharui lesen dan permit seperti Lesen Pengendali, Permit Kenderaan Perdagangan, Lesen Kenderaan Pelancongan dan Kad Memandu. Kesemua lesen dan permit tersebut dibenarkan beroperasi walaupun telah tamat tempoh dengan syarat mempunyai perlindungan insurans yang sah.

“Kementerian menggalakkan kepada orang ramai supaya berurusan secara dalam talian untuk perkhidmatan yang berkaitan seperti Portal MySikap awam JPJ dan aplikasi MyEG,” katanya sambil menambah operasi penguatkuasaan akan terus berjalan seperti biasa demi menjamin tahap keselamatan orang ramai yang menggunakan jalan raya.

Pihak JPJ akan memastikan semua anggota yang melaksanakan aktiviti penguatkuasaan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, sebarang aktiviti termasuk semua kursus, ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP), latihan memandu, ujian teori dan amali memandu di Institut Memandu dan ujian Bahagian 1(KPP01- teori) di Pusat eKhidmat (MyEG, KOMMS dan MYSPEED) ditangguhkan berkuat kuasa 1 Jun hingga 28 Jun 2021 bagi mematuhi dan memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan