Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Telemovie Kasut
Telemovie Kasut

Kasih Ayah Tidak Terkira Dalam Telemovie “Kasut”

ByNurul Amarlina

Jalot Jeman, atau nama sebenar beliau Mohamad Ghazali Jeman, anak kelahiran Bumi Kenyalang merupakan pengarah telefilem berjudul Kasut lakonan Sahronizam Noor dan Ali Mohammad yang dikeluarkan pada tahun 2020.

Menurut beliau, cerita Kasut diilhamkan dari cerita ‘Pursuit of Happiness’, sebuah filem lakonan Will Smith yang menceritakan pengorbanan seorang ayah.

Beliau turut berkata bahawa Kasut dihasilkan dengan tujuan untuk membongkar rahsia seorang ayah. Apa yang sebenarnya dilakukan seorang ayah, di belakang isteri dan anak-anak.

Kasut mengisahkan kehidupan seorang tukang kasut dan juga merupakan bapa tunggal yang bekerja keras untuk membesarkan anaknya.

Walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, dengan berkat kesabaran serta bantuan seorang sahabat yang baik hati, dia akhirnya berjaya dan memiliki sebuah gedung kasut yang terkemuka.

Sebagai seorang insan yang bergelar ayah, Encik Jalot berkata, “Ayah ialah seorang hero. Apabila menempuh dunia sebagai seorang ayah, di situlah kita dapat melihat betapa hebatnya seorang ayah. Tak ada yang dapat melawan seorang ayah.”

“Kepada semua penonton, nantikan filem Kasut di TVS pada 20 Jun ini. Selepas menonton filem ini, pergi jumpa ayah anda, beritahulah anda menyayangi ayah anda,” kata Encik Jalot lagi.

Jangan lupa saksikan pengorbanan seorang ayah demi anaknya dalam telefilem Kasut pada 20 Jun, Ahad pada 10 malam sempena Hari Bapa, hanya di TVS Saluran 122 dan MYTV.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan