INDONESIA-Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Sumatera, Indonesia.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada jam 5.12 minit pagi tadi berlaku di kedudukan 110 kilometer selatan dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman 57 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.