Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anak Belaga Peroleh Pingat Perak Di Kazakhstan

ByLuqman Muhammad

KAZAKHSTAN: Atlet pecut negara Jonathan Nyepa meraih pingat perak dalam acara 100m dengan catatan masa 10.64 saat (s) pada kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan.

Wakil Kazakhstan Vitality Zems menjuarai acara riben biru itu dengan catatan masa 10.57s, sementara Ildar Akhmadiev dari Tajikistan membawa pulang gangsa.

Dalam pada itu pelempar cakera wanita negara Connie Chu Kang Ni berjaya memenangi emas pada hari pembukaan Kejohanan itu.

Atlet berusia 27 tahun itu memenangi pingat emas itu selepas melempar sejauh 43.65 meter (m) dalam percubaan akhirnya sementara Yuliana Shukina dari Uzbekistan (38.90m) dan wakil tuan rumah Alina Vorontsova (36.78m) masing-masing memperoleh perak dan gangsa.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan