Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Photo Credit: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Vaksinasi Pandu Lalu: Jimat Masa, Cepat, Mudah

BySalasiah Safian

KOTA SAMARAHAN: Melihat kepada kejayaan program vaksinasi pandu lalu perintis di Kem Perdana Sungai Besi, Kementerian Pertahanan telah meneruskan program tersebut di lokasi kedua iaitu di Kem Muara Tuang, Sarawak.

Ia ternyata lebih menjimatkan masa, cepat dan mudah.

Program vaksinasi pandu lalu di Kem Muara Tuang akan dilaksanakan selama lima hari bermula Sabtu, 19 Jun hingga 23 Jun ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia akan beroperasi dalam tempoh lapan jam dari jam 8 pagi sehingga jam 4 petang.

“Ia melibatkan 3 saluran kenderaan dan 6 stesen suntikan. Seramai 70 petugas akan terlibat. Empat Pegawai Perubatan, 34 Petugas Kesihatan, 32 Petugas Am.

“Untuk program kali ini, seramai 7,032 individu terdiri daripada warga tentera, keluarga serta kakitangan awam di sekitar Kuching, telah disenaraikan untuk menerima suntikan.”

“Anggota tentera seramai 3,272 orang, ahli keluarga anggota seramai 3,300 orang, dan kakitangan awam seramai 460 orang,” katanya dalam Sidang Media Sempena Program Vaksinasi Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Muara Tuang, Sarawak.

Photo Credit: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Sementara itu, Pegawai Perubatan Regimental Pasukan 10 Rejimen Renjer DiRaja, Leftenan Dr Devandran Naidu berkata, proses vaksinasi untuk hari pertama berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang kesesakan.

“Setakat ini, untuk hari pertama semua berjalan lancar walaupun terdapat beberapa cabaran seperti hari hujan. Namun dengan adanya staf yang membantu, semuanya dipermudahkan. Kami berpuas hati dengan jumlah penerima vaksin yang datang pada hari ini.

“Kalau isu kesesakan, kami tidak risau kerana kami masih dapat mengawal lalu lintas. Ia tidak terlalu sesak dan tidak juga terlalu kosong,” ujarnya ketika ditemui TVS.

Sehubungan itu, inisiatif program vaksinasi pandu lalu ini akan diteruskan dan diperluaskan berskala besar.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia telah merancang untuk melaksanakan program ini di penempatan dan kem tentera seluruh negara.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan