BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep bersedia jika diberi kepercayaan untuk bertanding lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Keyakinan itu diluahkannya selepas melihat keupayaan jenteranya yang terus berbakti dan memberi khidmat kepada masyarakat tatkala berhadapan wabak COVID -19.
“ Kita sudah turun padang sejak kita memang PRN terdahulu lagi, sampailah sekarang kita sentiasa berkhidmat untuk rakyat..jadi untuk PRN akan datang, kalau dibubar bila-bila masa, kita memang sudah bersedia untuk berlawan”. katanya ketika dihubungi TVS pada Sabtu.
Tambahnya lagi beliau sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut kerana memahami apa yang warga tasik biru inginkan.
Namun apa yang penting, kata Henry, keselamatan rakyat tetap perlu diutamakan.
Dalam PRN pada 2016, Henry yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) menang dengan 6,922 undi berbanding 5,634 undi yang diperoleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Mordi Anak Bimol bagi kerusi dun tersebut.