Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETALING JAYA, 17 Jun -- Anggota Unit Pemeriksaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melakukan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) di Kelana Puteri Kondominium hari ini. Operasi ini dilakukan bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam pengoperasian pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dan komuniti strata mematuhi SOP bagi mengekang penularan COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

150,934 Petugas Barisan Hadapan KDN Terima Vaksin COVID-19

ByBernama

PUTRAJAYA: Hampir 91 peratus atau 150,934 petugas barisan hadapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima suntikan vaksin COVID-19 sekurang-kurangnya dos pertama, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ia melibatkan 108,595 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Imigresen (11,738); Jabatan Penjara (15,411); Jabatan Sukarelawan Malaysia (11,328) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (3,862), katanya.

Daripada jumlah itu, seramai 133,781 petugas barisan hadapan terbabit telah melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

“Petugas barisan hadapan KDN perlu rasa diberikan perlindungan iaitu vaksin COVID-19 untuk bertugas di sekatan jalan raya dan operasi di kilang-kilang,” katanya dalam sidang media rangkuman operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh, di sini hari ini.

Hamzah berkata KDN juga telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk pemberian vaksin kepada petugas kaunter perkhidmatan di KDN dan agensi di bawahnya.

Pemberian vaksin itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual ditetapkan oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan