Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TELUK INTAN, 15 Jun -- Petugas kesihatan memasukkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech ke dalam picagari yang digunakan untuk memberi suntikan kepada warga emas di Pusat Jagaan Lily Care Centre, Teluk Intan hari ini.?Seramai 18 daripada 30 penghuni pusat jagaan itu sudah selesai menerima dua dos vaksin tersebut manakala penghuni selebihnya hanya menunggu kebenaran daripada anggota keluarga masing-masing untuk divaksin. ?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PPV Kedua Bagi Sektor Industri Akan Dibuka Di Bintulu – Abang Johari

BINTULU: Satu lagi pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka di Zon Perindustrian Kidurong, di sini, tidak lama lagi yang merupakan PPV kedua bagi sektor industri di Sarawak selepas pengoperasian PPV di Taman Perindustrian Samalaju bermula hari ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata PPV itu bertujuan memudahkan proses pemberian vaksin COVID-19 kepada pekerja-pekerja sektor minyak dan gas di zon berkenaan, sekali gus mempercepatkan kadar pemvaksinan penduduk Sarawak yang disasar mencapai 80 peratus menjelang Ogos ini.

“Kita akan adakan satu lagi PPV di kawasan Kidurong kerana kita mempunyai syarikat minyak dan gas serta kontraktor yang beroperasi di situ. Sistem dan proses (pemvaksinan) serupa dengan Samalaju,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPV Press Metal Bintulu Sdn Bhd di Taman Industri Samalaju di sini.

Beliau berkata pembukaan PPV di Samalaju itu bertujuan memudahkan pekerja industri di kawasan terbabit menerima vaksin ekoran beberapa masalah, termasuk kesukaran untuk ke PPV di bandar Bintulu yang terletak lebih 77 kilometer dari Samalaju.

Jelasnya keputusan itu juga dibuat susulan berlakunya jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja industri di kawasan berkenaan.

Selain pemvaksinan lebih 6,000 pekerjanya, Press Metal turut membenarkan fasilitinya digunakan bagi tujuan pemvaksinan pekerja daripada syarikat-syarikat lain yang beroperasi di taman perindustrian itu.

Abang Johari berkata lebih 200,000 penduduk di Bintulu layak menerima vaksin, dan kadar suntikan vaksin seramai 3,000 orang sehari di kawasan berkenaan akan dapat ditingkatkan kepada 5,000 orang sehari dengan pembukaan PPV di kawasan perindustrian itu.

Selain itu katanya, pendekatan suntik dahulu daftar kemudian akan turut dilaksanakan di Bintulu khasnya bagi kawasan Sebauh, Tatau, Projek Perumahan Rakyat Bandaria Park dan kawasan Sungai Plan dalam masa terdekat.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan