Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan di ibu kota dilaksanakan sebagai salah satu cara mengekang risiko penularan COVID-19 dari satu tempat ke tempat yang lain ketika tinjauan hari ini.?Pelaksanaan itu dilihat wajar dalam membolehkan pemeriksaan lebih rapi di SJR tersebut serta memastikan pergerakan keluar masuk orang awam lebih terkawal dengan surat kebenaran rasmi dan urusan kecemasan.?Kerajaan kini melanjutkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara selama 14 hari bermula 15 Jun sehingga 28 Jun.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik 50 Peratus Bermula Esok

ByBernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula esok hingga 18 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata tawaran itu tidak termasuk bagi kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan dalam tahun ini, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Beliau berkata orang awam boleh membuat bayaran saman itu menerusi portal rasmi PDRM dan aplikasi MyBayar Saman.

“Tawaran diskaun itu sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai semasa situasi wabak COVID-19.

“Sepanjang tempoh kempen ini, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0,” katanya menerusi kenyataan.

Azisman berkata aplikasi MyBayar Saman yang diperkenal PDRM juga telah dipertingkat bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Menurutnya, pengguna telefon bimbit boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Play Store, Apple Apps Store dan Huawei Gallery.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan