KADAR kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara meningkat kepada 0.95 setakat hari ini, dengan Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.09.
Menerusi satu muatnaik di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.04 diikuti Sabah (1.03) dan Sarawak (1.00).
Kelantan pula merekodkan Rt terendah iaitu 0.75.
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.