Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Makan, Tidur, Bernafas Bola Keranjang

kredit gambar : Afifi Tahar

BERJAYA melanjutkan pelajaran sehingga peringkat sarjana, Muhammad Afifi Tahar, 27, cintanya sejak usia 14 tahun tidak pernah pudar.

Beliau yang kini sedang meneruskan pengajian dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu sebenarnya telah jatuh cinta dengan sukan bola keranjang sejak melihat aksi lagenda bola keranjang dunia iaitu Kareem Abdul Jabar.

Berjinak-jinak bermain bola keranjang pada usia 14 tahun, beliau mengakui bakat bermain bola keranjang disedari oleh gurunya yang memperlawa Afifi untuk menyertai Kelab Bola Keranjang di Sekolah Menengah Saint Joseph, Kuching.

Pada usia muda pada umur 15 tahun beliau telah mewakili Sarawak dalam pertandingan berbeza, bermula di Pertandingan belia 15 tahun ke bawah di Bintulu dan Pertandingan Bola Keranjang di Johor. Memasuki permainan semi-professional pada usia 18 tahun dan mewakili Malaysia pada usia 19 tahun.

Kedua-dua ibu bapa beliau menyokong penuh minatnya untuk bermain sukan Bola Keranjang malah turut sama menghadiri setiap perlawanan yang diadakan.

‘Apabila masuk ke alam Universiti, saya telah diperkenalkan dengan beberapa kelab terbesar di Malaysia. Dari situ saya berpeluang mempelajari serta meningkatkan kualiti pemainan saya dalam bola keranjang.’ kata Afifi sambil tersenyum mengingati kenangan manis bersama keluarganya.

Bermula dari situ beliau mula bergiat dengan lebih aktif mengikuti latihan yang diadakan dimana beliau terpaksa berulang alik dari Kuching ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu.

Ini menyebabkan beliau sedikit gusar apabila terpaksa bahagikan karier antara pelajaran dan sukan dalam masa yang sama.

“Sukan bola keranjang juga telah mebawa saya berjalan jauh apabila mewakili negeri dan negara dalam East basketball League (EBL) yang merangkumi Sarawak dan Sabah serta negara Brunei, Thailand dan Myanmar pada tahun 2016.

Tambahnya, kenangan manis beliau apabila pasukan beliau memenangi kejohanan pertandingan tersebut dua tahun berturut turut.

gambar kenangan sewaktu kemenangan East Basketball League (EBL)

Beliau juga telah dianugerahkan dengan Calon Bintang Harapan Lelaki dan Atlet Terbaik Universiti semasa Anugerah Sukan Malaysia (ASM) di Terengganu.

‘Sukan Bola Keranjang telah banyak membantu dalam kehidupan saya kerana sebagai minoriti dalam pasukan kerana saya adalah pemain yang termuda dan satu-satunya bumiputra dalam kumpulan telah menjadikan saya lebih matang dan dapat membuka mata saya terhadap pelbagai aspek kehidupan.’ ujarnya lagi.

kredit gambar : Afifi Tahar

Kekangan musim pandemik ini menyebabkan beliau hanya melakukan latihan kendiri untuk persediaan pertandingan akan datang dan berharap hasil titik peluh beliau dapat menjadi seorang atlit yang lebih baik akan datang.

Komitmen berterusan terhadap bola keranjang yang terlalu padat dan sibuk menyebabkan beliau terpaksa mengorbankan cuti raya bersama keluarga kesayangannya.

Namun, beliau gembira kerana beliau dapat ramai kenalan dari seluruh dunia dan dapat mempelajari pelbagai budaya dan bahasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan