Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bajet 2022 mula dibahas di Dewan Rakyat hari ini

Keputusan Parlimen Bersidang Adalah Wajar

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bahawa sidang parlimen perlu diadakan secepat mungkin adalah wajar.

Cuma apa yang diharapkan, ahli-ahli parlimen akan menggunakan ruang tersebut untuk berbincang dengan berhemah tanpa niat untuk meruntuhkan institusi kerajaan.

Demikian pandangan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Harapan kita dengan parlimen dibuka dan persidangan disediakan, ahli ahli parlimen yang duduk dalam palimen akan menggunakan forum tersebut dengan sebaiknya.

“Kalau mereka dapat berbahas dengan berhemah, dan mengutarakan hujah hujah yang baik tanpa niat untuk meruntuhkan institusi kerajaan, saya percaya semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya kepada TVS.

Menyentuh mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, katanya, sekiranya tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan, maka secara automatiknya DUN Sarawak juga akan terbubar.

“DUN Sarawak, kalau diikutkan sepatutnya sudah terbubar 6 Jun lalu. Kini, ia sudah memasuki ‘masa tambahan’ ekoran daripada darurat.

“Jadi kalau darurat ini tamat pada 1 Ogos, bererti secara automatiknya DUN Sarawak akan tamat juga.

“Selepas pembubaran, secara automatik juga pilihan raya mesti diadakan dalam temoh 60 hari,” ujarnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan