Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak-Kanak Lemas Ditemui

ByNur Suhaida Muliyono

Mukah, 17 Jun – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di SK Engkerbai, Selangau, Mukah ditamatkan pada hari ketiga selepas mangsa berjaya ditemui pada jam 8 pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa, adik Muhamad Danish Muhamad Zamrie, 8, ditemui oleh orang kampung lebih kurang satu kilometer ke hilir daripada lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Sekitar jam 10.44 pagi pada Selasa, bapa mangsa, Muhamad Zamrie telah menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan bagi mencari anaknya.

Seramai tujuh anggota Unit PPDA Zon 4 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diketuai seorang pegawai digerakkan untuk SAR.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan