KUCHING: Kesatuan Perkhidmatan Kesihatan Sarawak (SMSU) terus berusaha memberi tumpuan dengan menjaga kebajikan ahli yang terdiri daripada pekerja kesihatan dalam Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Timbalan Presiden SMSU Omar Bahrein komited untuk meneruskan perjuangan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli sehingga habis persaraan mereka.
“SMSU mengambil pendekatan membela profession semua ahli dengan menjaga kebajikan mereka”. katanya ketika dihubungi TVS pada Rabu.
SMSU ditubuhkan pada tahun 1964 dimana sehingga kini jumlah keahlian SMSU telah mencapai 6,000 ahli terdiri dikalangan penjawat awam di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Untuk rekod SMSU juga pernah mendapat Anugerah Kesatuan Pekerja Terbaik peringkat CUEPACS Malaysia pada tahun 2010.