Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Terima Hampir 500,000 Dos Vaksin Minggu Ini

ByOdleen Catherny

KOTA SAMARAHAN: Hampir 500,000 dos vaksin dilaporkan tiba di Sarawak minggu ini di mana sejumlah 110,380 dos vaksin akan tiba esok untuk diberikan kepada penduduk di Miri, Bintulu dan Belaga, manakala 350,000 dos lagi akan tiba di Kuching pada Jumaat ini, untuk PPV di Kuching.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kemasukan vaksin ke Sarawak bukan lagi satu masalah malah ia berjalan lancar dengan pantas seperti yang telah dijanjikan.

Tambah beliau lagi, jumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di negeri ini juga akan ditambah lagi daripada 213 yang beroperasi sekarang.

“Ini bagi mencapai sasaran vaksinasi 50,000 orang sehari,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan kerajaan negeri turut mengambil pendekatan menggunakan perkhidmatan helikopter doktor udara untuk sampai ke kawasan pedalaman negeri ini, bagi mencapai sasaran vaksinasi 80 peratus penduduk negeri itu menjelang Ogos.

Kos perkhidmatan pula katanya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan akan digunakan oleh pasukan vaksinasi bergerak, yang melibatkan pengangkutan sungai untuk sampai ke penempatan yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan raya.

“Kita telah membuat beberapa penyesuaian, mengikut keperluan tempat masing-masing, khususnya di luar bandar, kita telah menggunakan (kaedah) suntik dulu baru mendaftar, kerana kita nak mempercepatkan (proses vaksinasi),” katanya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan