Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Tangguh Ibadah Korban Sempena Aidiladha Tahun Ini

KUCHING, 16 Jun (Bernama) — Majlis Islam Sarawak memutuskan untuk menangguh pelaksanaan ibadah korban semasa sambutan Aidiladha tahun ini dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Sarawak Dr Abdul Rahman Junaidi berkata penangguhan tersebut dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri itu, semalam.

“Keputusan ini merangkumi seluruh Sarawak (dengan) tidak membenarkan aktiviti ibadah korban dijalankan di semua tempat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata Lembaga Fatwa Negeri Sarawak dalam mesyuarat itu juga menetapkan penjagaan nyawa (hifzun nafs) diutamakan dan mengelakkan kemudaratan kesan daripada pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan di Sarawak.

“Majlis Islam Sarawak juga menyeru agar umat Islam terus bersabar dan beristiqamah, terus mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan bertawakal. Sama-samalah kita berdoa agar pandemik COVID-19 dihapuskan dari muka bumi ini,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan