Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu memo berkenaan penggunaan nama rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan.
Nama yang tertera pada kad pengenalan beliau adalah Mahiaddin Md Yasin.
Ia ditujukan kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri.
“Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara, dimaklumkan penggunaan nama rasmi perdana menteri adalah seperti berikut: Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin,” menurut memo tersebut.
Arahan ini berkuat kuasa serta merta.