KEBOSANAN akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), membawa hikmah pada gadis pemalu Nur Sabrina Mohammad Safri, 21, untuk melawan sifat malu dan gemuruh bercakap di khalayak umum mahupun di depan kamera.
Tidak menyangka hanya bermula dengan mengisi masa terluang ketika PKP, pelajar universiti hampir kini setanding dengan Youtubers ternama yang lain.
Pelajar universiti itu pada mulanya tidak mempunyai keyakinan untuk bercakap dihadapan kamera namun
“Pada bulan Mac tahun lalu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan, saya mula berjinak-jinak membuat video dan bermacam-macam topik saya kupas.
“Pada mula saya melakukannya hanya suka-suka. Dan mendapat feedback yang memuaskan, dan sokongan penuh dari keluarga dan kawan-kawan”, menurut Nina yang merupakan lepasan Diploma Pelancongan UiTM Kota Samarahan.
Melihat kekurangan Youtubers di Bumi Kenyalang, adik bonsgu dari tiga beradik ini seolah-olah terpanggil memeriahkan dunia Youtube.
Saluran YouTube-nya yang dinmakan “Simps 4 Eats” banyak membuat ulasan makanan selain topik-topik yang dapat menarik perhatian ramai.
Sabrina atau lebih mesra disapa Nina mengakui dia cuba mempertengahkan kelainan dalam videonya apabila menyahut cabaran untuk membuat “resepi” content yang lain daripada yang lain seperti TeaLive Boba Maggi dan Maggi curry dengan milo.
Malah, dia juga giat dalam bidang masakan dimana dia mempunyai bisnes kecil-kecilan iaitu “KIMCHIYO”.
Walaupun mempunyai sifat pemalu siapa sangka gadis ini pernah menyertai bidang peragawan.
Gadis ini menyimpan hasrat mahu menjadi Youtuber terkenal dengan jutaan pengikut serta berpeluang membuka kedai makan nya sendiri.