TIDAK terus meratap nasib selepas hilang kerja, pasangan suami isteri cacat penglihatan membuktikan kekurangan yang ada bukan menjadi penghalang mencari rezeki selagi ada kemahuan.
Yusri Azis dan isterinya Nur Jannah Tan Jia Hui telah membuktikan sebaliknya apabila memanfaatkan applikasi Talkback yang dapat digunakan oleh mereka yang tida dapat melihat untuk memulakan pernigaan menjual sambal atas talian.
Pasangan dari Johor ini melancarkan stor online dibawah nama bisnes komersial Yus Business dengan bantuan rakan sepembelajaran mereka, Fa Phong dan di pasarkan menggunakan Shoppee.
Produk yang mereka jual terdiri daripada makanan dan produk kesihatan. Hasil pemerhatian TVS, produk yang laris setakat ini adalah sambal hitam Pahang.
Menyedari teknologi digital pada masa kini, Azis mempromosikan kedai online beliau di Facebook Shopee Malaysia. Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen dan berjaya menjadi tular dengan bantuan netizen.
Penangan kuasa viral, sambal hitam tersebut berjaya terjual sebanyak 1,000 packet hanya dalam masa 24 jam!
Melahirkan rasa syukur dengan hasil jualan yang memberi keuntungan RM600, Azis berkongsi video mengenai cara cara beliau sebagai seorang yang cacat penglihatan boleh menjual produk menggunakan aplikasi Talkback.
Semenjak itu, jualan produk pasangan sambal hitam mereka telah mencapai hampir RM12,000 dalam masa satu minggu, kini hingga habis dijual dan terpaksa menunggu stok baru!
Kredit gambar: Yusri Azis