Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PPV UNIMAS Bantu Percepat Kadar Imuniti Kelompok Di Sarawak

ByEekbal Yusuf

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi Universiti pertama di negeri ini yang dipilih sebagai salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV), bermula 14 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, ia antara usaha UNIMAS membantu Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam mempercepatkan proses vaksinasi khususnya di sekitar Kuching dan Samarahan.

“Kita menjangkakan sekurang-kurangnya 3,000 pemberian vaksin dalam satu hari akan dapat dilakukan dan ini adalah usaha UNIMAS untuk membantu mencapai kadar tinggi imuniti kelompok masyarakat dan memerangi COVID-19 mengikut kemampuan yang ada,” katanya.

Profesor Datu Fadzil yang juga Penolong Naib Canselor (Kepimpinan danPembangunan) UNIMAS menjelaskan UNIMAS juga bercadang untuk melakukan program suntikan vaksinasi secara mobil dan juga secara pandu lalu.

Bagaimanapun, katanya, perancangan tersebut masih dalam perbincangan yang lebih teliti.

Sementara itu, tumpuan difokuskan kepada penyediaan sistem, susun atur logistik serta tenaga kerja bagi PPV UNIMAS.

Dalam pada itu, Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS, Dr Ehfa Bujang Safawi berkata seramai lebih 500 orang terdiri dari pelajar dan kakitangan UNIMAS telah memohon untuk menjadi sukarelawan bagi membantu PPV UNIMAS.

“Kita telah menghantar sebahagian sukarelawan yang dipilih untuk menjalani latihan di PPV Stadium Perpaduan Kuching dan PPV Dewan Kota Samarahan bagi mempelajari pengoperasian sistem MySejahtera dan lain-lain,” katanya yang juga merangkap Pengarah PPV UNIMAS.

Jelasnya lagi, PPV UNIMAS akan diadakan di Dewan Delima iaitu salah satu dewan dalam Dewan DeTAR PUTRA, UNIMAS dan operasi PPV akandilakukan bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian juga telah melakukan lawatan bagi melihat sendiri persediaan PPV UNIMAS.

Beliau melahirkan rasa kagum dan bangga atas sistem pengurusan yang dilaksanakan oleh pihak UNIMAS.

Turut hadir semasa lawatan berkenaan adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datu Ik Pahon, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, dan ahli-ahli Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS.

PPV UNIMAS melibatkan tiga bahagian utama iaitu 20 kaunter untuk pendaftaran, 12 kaunter vaksinasi dan 10 kaunter pemantauan.

Ia juga lengkap dengan kemudahan kerusi roda dan laluan khas bagi warga emas dan individu kelainan upaya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan