Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

216 Kompaun Dikeluarkan Setakat 11 Jun 2021

ByNur Suhaida Muliyono

Kuching, 13 Jun – Bermula 1 hingga 11 Jun 2021, sebanyak 216 kompaun yang melibatkan jumlah RM569,000 telah dikeluarkan di penugasan sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan mendedahkan sebanyak 134,639 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang tempoh berkenaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 388 buah kenderaan telah diarah untuk berpatah balik atas alasan tidak munasabah,” dedahnya.

Secara keseluruhan, 162,890 individu telah diperiksa dan seorang individu ditahan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0.

Tambah Ahsmon, bagi permohonan permit pula, pihak IPD Kuching menerima sebanyak 7,672 permohonan untuk merentas daerah.

Namun hanya 7,012 permohonan diluluskan manakala selebihnya ditolak atas alasan tertentu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan