TEBEDU: Penantian masyarakat di daerah Tebedu akhirnya tertunai apabila menerima suntikan vaksin dos pertama pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Ada yang menzahirkan rasa syukur bahkan ada yang teruja selepas menerima suntikan kerana ia dianggap penting dalam usaha mengekang penularan penyakit COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Seramai 530 penerima vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu dalam tempoh satu hari.
Mereka yang hadir dan diberikan temu janji di PPV yang pertama dilancarkan itu adalah hasil pendaftaran yang dibuat menerusi ketua masyarakat di kawasan masing-masing.
Dalam pada itu Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata usaha untuk memaksinkan sebanyak 80 peratus masyarakat di sekitar kawasan itu dijangka berakhir penghujung bulan Ogos 2021.
Menurutnya, ini kerana orang ramai telah menunjukan kesedaran terhadap pengambilan vaksin.