Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemain e-Sport FIFA Online Professional Cemerlang SPM Dengan 8A

MEMBUKTIKAN kemampuan mengimbangi masa antara minat dan pelajaran, pemain e-Sport Professional FIFA 2021 terbaik Malaysia Muzaffar Zuhair Mustaffa, 18, cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 8A.

Beliau merupakan seorang pemain e-Sport professional untuk permainan video FIFA 21 Online.

Anak kelahiran Selangor ini juga sebenarnya beraksi sebagai penjaga gol di padang bola sepak sebenar.

Istimewanya beliau sendiri adalah pemain bola sepak yang dan beraksi di padang bola sebagai penjaga gol. Beliau juga merupakan salah seorang peminat Kelantan FC ketika era pimpinan Bojan Hodak dan meminati penjaga gol tempatan, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagi Muzaffar, Cristiano Ronaldo turut menjadi idola beliau kerana perjalanan hidup ikon pemenang 5 kali Ballon d’Or yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata dunia.

“Bermula 2017, saya sudah menyertai pertandingan FIFA20 Online.

” Pada asalnya, ibu bapa saya tidak kurang senang dengan saya kerana menganggap permainan video itu hanyalah membuang masa tetapi saya nekad untuk membuktikan sebaliknya,” katanya ketika dihubungi TVS.

Muzaffar mengambil kritikan tersebut sebagai pembakar semangat bagi beliau untuk terus menyertai pertandingan dan ternyata usaha beliau membuahkan hasilkan apabila memenangi pelbagai kejohanan tempatan.


“Pada masa yang sama bukan saja saya memenangi pelbagai perlawanan, malah saya juga kena buktikan saya sebagai pelajar juga mampu bermain game sambil mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran juga,” ulas pelajar Sekolah Menengah Kebangssan Aminuddin Baki ini.

Ternyata bukan kali pertama beliau mendapat keputusan cemerlang sebelum ini, keputusan PT3 yang beliau diperolehi mendapat keputusan 8A 2B ketika Muzaffar masih berkecimpung dalam kancah e-sport FIFA.

“Kejayaan ini telah membuka mata ibu saya yang mula menyokong minat saya dalam sukan online ini.

Gambar: Menggunakan ID nama, Chamack, tempat 21 terbaik East Asia

“Saya mempunyai strategi yang tersendiri berbanding pelajar-pelajar lain dalam mengimbangi pelajaran dan minat saya.

“Ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan pada waktu pandemik Covid 19, saya mengambil waktu petang untuk berlatih FIFA Online setelah sesi PdPR pada waktu pada pagi,” terangnya.

Pada waktu malam pula beliau mengulang kaji pelajaran dan tuisyen untuk latih tubi pembelajaran. Pada hujung minggu, beliau menggunakan sepenuh masa untuk berlatih FIFA Online. Bagi Muzaffar, masa beliau fleksibel melihat keutamaan pendidikan dahulu dan mengakui konsep PdPR memberi kebebasan untuk memilih masa bermain dan belajar.

Cabaran terbesar yang beliau hadapi sebagai pemain esport Professional FIFA Online apabila pertandingan-pertandingan utama bertembung masa dengan waktu peperiksaaan SPM.


“Pada peperiksaaan SPM, jadual pertandingan terbesar dan utama pada waktu itu berselisih dengan jadual peperiksaan SPM saya.

“Pada waktu itu saya tidak pasti samada saya nak join tournament itu atau fokus pada peperiksaaan SPM tapi saya tetap bertekad untuk sertai tournament tersebut dan pada masa yang sama saya belajar juga untuk SPM.”

Gambar: Muzaffar bersama pemain-pemain esport Professional FIFA Malaysia

Beliau turut berharap semakin ramai generasi muda ajab menceburi bidang e-sukan profesional dan tidak memandang enteng sukan jenis ini.

Beliau turut menekankan kepentingan mempunyai kelulusan akademik yang baik untuk menjamin masa hadapan walau mempunyai minat dalam apa jua bidang.

“Yang penting pandai membahagi masa,” tambahnya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan