Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua Anggota Wanita Sambut Bayi Lahir Dalam Kereta

ByNur Suhaida Muliyono

Kota Samarahan, 11 Jun – Betul-betul unsung heroes! Bertugas tidak kira siang malam, kemudian sambut bayi lahir dalam kereta.

Lans Koperal Noor Fatihah Azelam dan Detektif Koperal Perakson Jennie, dua anggota polis wanita yang berjaya menyambut kelahiran bayi dalam sebuah kereta sekitar jam 11.50 malam tadi.

Salah seorang anggota polis berkenaan, Lans Koperal Noor Fatihah berkata, pasangan suami isteri yang dipercayai berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya itu dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak sebelum berhenti di sekatan jalan raya (SJR) di jalan Kuching-Samarahan Expressway.

“Ketika mereka (suami isteri) dalam perjalanan ke hospital, bayi sudah terkeluar dalam kereta dengan keadaan tali pusatnya terbelit di leher.

Ayahnya sedang memandu, tidak dapat berbuat apa-apa terus berhenti di SJR dan minta bantuan kami,” katanya ketika dihubungi kru TVS.

Beliau yang lebih senang disapa Fatihah itu sudah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis dan mengakui bahawa peristiwa itu merupakan satu pengalaman baharu dan berharga buatnya meskipun pada mulanya beliau agak panik dan menggigil tetapi tetap teruja kerana dapat membantu.

Bagi Detektif Koperal Perakson Jennie yang sudah 23 tahun berkhidmat dalam PDRM, walaupun peristiwa itu berlaku di luar jangkaannya, beliau tetap bersedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

“Peristiwa itu sangat spontan dan pantas, tanpa ragu-ragu saya pun hulurkan bantuan menyambut bayi itu.

Ini pengalaman pertama saya menyambut bayi dalam kereta dan akan saya kenang sampai bila-bila,” jelas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Samarahan itu.

Sejurus menyambut kelahiran bayi itu, beliau menggunakan tuala kecil berwarna putih yang sentiasa dibawanya ketika bertugas untuk membalut tubuh si comel itu.

Mereka kemudiannya menghubungi ambulans untuk membawa ibu dan bayi berkenaan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Samarahan, DSP Sudirman Kram ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa bayi dan ibu tersebut berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Saya berasa cukup bangga dengan tindakan mereka berdua,” katanya.

Tahniah diucapkan kepada Fatihah dan Perakson atas keberanian mereka serta tahniah buat pasangan suami isteri yang menyambut kelahiran cahaya mata mereka.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan