Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gangguan Bekalan Air

Bekalan Air di 13 Kawasan di Ibu Kota Pulih Sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Bekalan air di 13 kawasan sekitar ibu kota yang terjejas ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, di sini pada Rabu lepas pulih sepenuhnya pada 3 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya juga merakamkan penghargaaan di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berkenaan.

“Air Selangor turut memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera,” katanya.

Para pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Setakat 7 malam semalam, pemulihan bekalan air di 13 kawasan itu telah mencapai 80 peratus.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan