Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tidak Timbul Isu Batal Temu Janji Di PPV BCCK – Dr Cheong

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Tidak timbul isu penerima vaksin yang telah diberikan temu janji untuk membatalkan hasrat mereka pada saat-saat akhir.

Ketua Komander Pusat Pemberian PPV Konvensyen Borneo Kuching BCCK Dr Cheong Yaw Liang berkata kesemua yang telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarelawan telah memberikan kerjasama yang positif.

“Orang yang tidak nak pada saat-saat akhir tidak ada.. tapi ada yang tidak dapat hadir seperti keadaan tengah menjalani kuarantin, sakit dengan mempunyai masalah seperti kereta rosak ada”.

Menurut Dr Cheong tempoh percubaan tiga hari yang bermula pada Isnin itu nyata telah memberi kelebihan buat agensi yang terlibat dalam membantu kelancaran program Imunisasi COVID-19 di PPV itu.

“Ini kerana isu kesesakan penerima yang datang di ppv tersebut dapat diatasi meskipun menerima 3000 penerima suntikan dalam tempoh satu hari.” katanya ketika ditemui pada hari keempat di PPV BCCK kuching pada Khamis.

Dalam pada itu jelas terpancar kecerian pada wajah-wajah penerima.

Ini kerana ada yang menganggap penerimaan suntikan vaksin adalah ikhtiar terbaik sekaligus mampu mengurangkan penularan jangkitan kepada masyarakat sekeliling.

“ Rasa lega lah senang sikit tak rasa takut lagi semoga kita akan lebih selamat sampai bila-bila .Pada mulanya saya memang takut tapi bila dah suntik lega sikit rasa lah” kata penerima vaksin Bibi Binti Hadi.

“ Vaksin ini kita janggan takut malah kita sepatutnya berterima kasih dengan kerajaan kerana telah memberi perlindungan membantu kita untuk menerima jaminan kesihatan kepada kita, dan kita sebagai rakyat harus patuh sahaja kerana itu yang terbaik dan kita ucap terima kasih kerana usaha ini untuk memastikan kita semua berada dalam keadaan yang baik “ kata penerima vaksin Muhammad.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan