Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TAJUDDIN DIKOMPAUN RM1,500 TIDAK PAKAI PELITUP MUKA – POLIS

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) —  Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun sebanyak RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara pada 25 Mei lepas. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kompaun dikenakan atas kesalahan itu di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 seperti disyaratkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan Tajuddin, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, tidak memakai pelitup muka ketika sidang media tersebut.

Antara yang turut dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung ciapannya di Twitter berkaitan tindakan Tajuddin itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan