Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga hari ketiga berturut-turut selain seiring dengan prestasi mata wang serantau. Foto hiasan, Envato.

RINGGIT DIBUKA TIDAK BERUBAH BERBANDING DOLAR AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen bercampur-campur yang menyokong mata wang negara maju itu, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan tidak berubah pada 4.1200/1225 berbanding dolar AS daripada angka penutupan pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata para pelabur didapati menjual dolar AS untuk membeli saham.

Beliau berkata ini memandangkan mereka yakin dengan pemulihan pantas di AS dan petunjuk awal daripada kerajaan persekutuan yang berulang kali menjelaskan bahawa ia tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga 2023.

“Dolar AS telah kehilangan asas pergerakan berbanding ringgit sejak data Kaji Selidik Kadar Tenaga Buruh dan Pembukaan Pekerjaan AS (JOLTS) dikeluarkan, yang mencatatkan angka yang jauh lebih tinggi berbanding jangkaan serta menjadi paras tertinggi sejak 2001,” katanya.

Menurut laporan, data JOLTS menunjukkan 9.3 juta pembukaan pekerjaan pada April, lebih tinggi berbanding jangkaan pada 8.2 juta.

Diniz berkata pelabur juga akan memantau data kadar pengangguran di Malaysia yang akan dikeluarkan pada Rabu.

“Data yang lebih rendah berbanding jangkaan akan mengukuhkan lagi ringgit dalam beberapa hari akan datang,” katanya.

Pada pembukaan, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1120/1144 daripada 3.1108/1132 ketika ditutup pada Selasa dan merosot berbanding yen kepada 3.7643/7666 daripada 3.7608/7635.

Unit tempatan lemah berbanding euro kepada 5.0157/0187 daripada 5.0149/0179 pada Selasa dan tidak stabil berbanding pound Britain kepada 5.8331/8366 daripada 5.8236/8272.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan