Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kereta Dihempap Besi Semasa Menuruni Feri Rambungan

ByKhairil Zharif Affindie

Lundu: Seorang pemandu kereta selamat daripada mengalami sebarang kecederaan selepas kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) yang dipandunya dihempap besi cerucuk di jeti Feri Rambungan.

Kejadian berlaku ketika pemandu MPV terbabit iaitu seorang wanita berusia lewat 50an sedang dalam perjalanan keluar dari feri menghala ke Kuching iaitu sekitar jam 8.27 pagi.

Sebatang besi cerucuk yang digunakan untuk membuat tiang di jeti feri baharu berhampiran tiba tiba tumbang lalu menghempap bahagian enjin MPV tersebut.

Ketua polis daerah Lundu DSP Damataries Lutin berkata pemandu dilaporkan selamat dalam insiden tersebut.

“Mujur hanya bahagian enjin kenderaan sahaja yang terkena dan pemandu dilaporkan selamat dalam insiden tersebut.”

Tambahnya sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu terus ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Setakat ini, tiga laporan polis berhubung kejadian diterima iaitu oleh mangsa, penyelia feri dan pihak jurutera kontraktor,”

Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan