Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: Kes Baharu Kembali Melebihi Angka 6,000

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Kes baharu positif COVID-19 di negara ini kembali melebihi angka 6,000 dalam tempoh 24 jam lepas, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi laman media sosial rasminya menyatakan sejumlah 6,239 kes baharu COVID-19 direkodkan sepanjang 24 jam lepas, meningkat berbanding 5,566 kes semalam.

Katanya berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 633,891 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 2,291 kes diikuti Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507), Johor (468) dan Sarawak (419).

Selain itu, Kelantan merekodkan 340 kes, Pahang dan Sabah masing-masing 232 kes, Labuan (200), Pulau Pinang (194), Perak (175), Terengganu (171), Melaka (150), Kedah (135), Putrajaya (17) manakala Perlis empat kes.

– BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan